

Pulau Pangkor terletak di bahagian pantai barat negeri Perak di Semenanjung Malaysia iaitu 7 batu nautika dari jeti Lumut. Pulau ini mempunyai keluasan seluas 2,204 hektar. Pulau Pangkor dipisahkan dari tanah semenanjung oleh Selat Melaka dan Selat Dinding. KOTA BELANDA PERJANJIAN PANGKOR Di dalam lipatan sejarah, Pulau Pangkor dicatatkan sebagai sebuah lokasi di mana termetrainya Perjanjian Pangkor 1874 dan bermulanya era campurtangan British di Tanah Melayu. Tujuan utama perjanjian ini adalah untuk menyelesaikan masaalah pergaduhan di antara dua kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San. Kesan daripada penjajahan dan campurtangan kuasa luar, terdapat tinggalan sejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat yang terletak di Kampung Teluk Gedung. Kini, Pulau Pangkor menjadi pulau peranginan dan percutian kerana mempunyai pantai dan gugusan pulau pulau yang unik serta penuh dengan keindahan alam. Di samping itu, kawasan ini juga kaya dengan terumbu karang yang cantik dan hidupan laut yang bervariasi. Anda membuat pilihan tepat dengan memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian anda. Dengan harga berpatutan dan terdapat banyak kemudahan di sini, Pulau Pangkor adalah destinasi menarik yang mudah di kunjungi,murah dan menyenangkan, dengan sistem pengangkutan yang cekap dan mesra, ia akan lebih memberikan anda ketenangan dan kepuasan .Segalanya disini.! Untuk tempat penginapan yang selesa dengan harga berpatutan, sila rujuk artikal di sebelah. BANANA BOT PANTAI TELUK NIPAH PANTAI TELUK NIPAH SUNSET DI PANTAI Banyak yang anda boleh lakukan di sini. Samada untuk menenangkan fikiran selepas penat bekerja, sehinggalah kepada menyertai aktiviti riadah seperti berenang, senokerling, melawat tempat besejarah atau mengambil udara segar di pantai yang tenang. Di sini juga banyak terdapat kemudahan menjamu selera dan kedai cendera mata. GERAI MAKANAN DI TELUK NIPAH WARUNG MANSHOR Terletak di Teluk Nipah, menyediakan masakan panas dan menjadi tumpuan pelancong dengan makanan yang enak dan harga bepatutan. Menu utamanya ialah sarapan pagi, tengahari dan petang. Cubalah rasa sendiri apabila anda berkunjung ke Pangkor. |
| TEMPAT TEMPAT PENGINAPAN PANGKOR INN CHALET Pangkor Inn Chalet menyediakan tempat penginapan dan pakej percutian untuk pelajar, keluarga dan berkumpulan menepati budget anda. Kediaman 16 bilik yang boleh disambung ( connecting) di lengkapi Wi-Fi, penghawa dingin, TV, kolam renang dan berbagai kemudahan lain yang menjadikan kunjungan anda ke sini sebagai memori indah.Boleh memuatkan seramai 60 orang pada sesuatu masa, juga sesuai untuk mengadakan Hari Keluarga, Pakej Pelajar, berkumpulan dan lain lain pakej mengikut tujuan Anda. Terletak di Teluk Nipah dan jarak 2 minit ke pantai. Berkongsepkan chalet, juga menyediakan anda bilik karaoke, BBQ set, sejadah, seterika dan buaian bayi.Terdapat juga indoor game seperti karom dan congkak. Untuk membuat air panas, kami juga menyediakan pemanas air di ruang makan. HARGA BILIK / ROOM TARIF PANGKOR INN CHALET # Harga di atas adalah untuk penginapan 1 malam untuk 1 bilik. # Setiap bilik boleh di gunakan untuk 2 - 4 orang ( Chalet & Std Room) dan 4 ke 6 orang untuk family Room # Setiap bilik disediakan dengan 2 tilam tambahan ....................................................................................................................................................................................................... PAKEJ ISTIMEWA DI PANGKOR INN Pangkor Inn Chalet juga menawarkan Anda dengan pakej pakej menarik dengan harga berpatutan. Pakej ini hanya dapat di lakukan jika Anda adalah berkumpulan 15 orang keatas. 2 HARI 1 MALAM SEORANG DEWASA RM65.00 KANAK KANAK (4 THN - 11 THN) RM35.00 1).Penginapan (3 - 4 orang sebilik) di bilik dilengkapi TV dan berhawa dingin 2).Makanan 3 kali hidangan ( 1 Sarapan Pagi, 1 Tengahari & 1 Makan Malam) 3).Hidangan adalah secara buffet 4).Karaoke percuma untuk 1 jam ...................................................................................................................................................................................................... 3 HARI 2 MALAM SEORANG DEWASA RM120.00 KANAK KANAK ( 4 THN - 11 THN) RM 60.00 1).Penginapan (3 - 4 orang sebilik) di bilik dilengkapi TV dan berhawa dingin 2).Makanan 6 kali hidangan (2 Sarapan pagi, 2 Tengahari & 2 Makan Malam) 3).Hidangan adalah secara buffet 4).Karaoke percuma untuk 2 jam Pilihan Tambahan Untuk Pakej Diatas Jika Ada Keperluan # Tambahan Rm15.00 untuk aktiviti laut (snokerling) # Tambahan Rm10.00 untuk sukaneka (telematch) # Tambahan Rm15 seorang untuk BBQ # Tambahan Rm20 seorang untuk pengangkutan Feri & Teksi ke Chalet ( Pergi balik ) # Tambahan Rm50 se Jam untuk Karaoke. # Surcharge Rm40 seorang (dewasa) Rm20 (Kanak2) di masa cuti umum. |










| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| STEP ON ISLAND TOURS & TRAVELS SDN BHD Com. No. 618383 A KKKP/PLN 3870 P 1, Pusat Penerangan Pelancongan, 32200 Lumut Perak Darul Ridzuan PANGKOR INN CHALET Lot 4444, Teluk Nipah 32300, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Tel /Fax : 05 6855 330. H/p 017 3370667 ( Aisha ) |
| Alamat Chalet, PANGKOR INN CHALET LOT 4444, TELUK NIPAH 32300, PULAU PANGKOR PERAK DARUL RIDZUAN Tel / Fax : 05 6855330 H/p 017 4673477 Alamat Operasi, STEP ON ISLAND TOURS & TRAVELS SDN BHD (Com no. 618383 A , KKKP/PLN 3870) P1, Pusat Penerangan Pelancongan, 32200, Lumut Perak Darul Ridzuan |
|









|
|

